
|
D'Owner ![]()
![]() Assalamualaikum . I'm Asmaa'lina a.k.a Misai Kucing D'Stalker ![]() . D'Credits ![]() Template by : Atirah Hayati Image by : WeHeartit|Cute Secrets Best view : Google Chrome |
♥ KITA KONGSI ILMU WALAU SEDIKIT ♥
org pertama cipta telefon ? alexander graham bell ..org pertama tulis bismillah ? ????? anak kalau tanya mampus nak jawab..so simpan nota nih....
30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM ------------------------------ 1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS. 2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS. 3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS. 4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS. 5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS. 6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa dan Marwah : Sayyidatina Hajar (Ibu Nabi Ismail AS). 7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW. 8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA. 9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab RA. 10. Orang yang pertama meletakkah jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali RA. 11. Orang yang pertama menyusukan Nabi SAW : Thuwaibah RA. 12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah RA. 13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat RA. 14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash RA. 15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas RA. 16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah RA. 17. Orang yang pertama bersembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib RA. 18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary RA. 19. Orang yang pertama menghunuskan pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam RA. 20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi SAW : Ibban bin Othman bin Affan RA. 21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah binti Khuwailid RA. 22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH. 23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib RA. 24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan RA. 25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid RH. 26. Orang yang pertama mengadakan baitul mal : Umar Al-Khattab RA. 27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib RA. 28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah : Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur RH. 29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair RA. 30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW. HARAP BERMANFAAT ^___^ ♥ 0 Awak yang comel Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je, orang ingat pelajar jurusan agama.
“Awak ambik kos pendidikan Islam…”
“tak…”
“Habistu??? Aaaa…mesti ambik kos bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya kos Multimedia Computing la…”
“saya ingatkan ustazah tadi…”
Hmmm… soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je
orang ingat pelajar jurusan agama…
Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz..
ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!!
Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana memakai tudung labuh…
Sebagaimana firmannya :
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)
Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat
dengan ilmu-ilmu ukhrawi.
"Dahtu kenapa bertudung labuh?"
Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana penuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melindungi diri.
Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…
“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”
Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma
segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat,
terkinja-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh
tapi perangai…
Nauzubillah…
Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”
Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjadi fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda,
jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan
akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang
mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.
“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”
“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???”
Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah.
Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…
Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita
share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu
mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti
terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba
jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.
Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungkin masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-
sama kita doakan..insyaAllah.
sekian………………... ;D
*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan
turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau’zubillah…
*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT…
- Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.
Alhamdulillah. Btudung labuh mbuatkan diri ini rasa dlindungi dan dhormati. Terima kasih, ya Allah ♥ :)
♥ 0 Awak yang comel
♥ COPY ♥ saya MANUSIA bukan KAMBING !!
Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangan kan bergaul, melihat orang pon dia akn terketar-ketar ketakutan.
Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, dia berkata, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lainmacam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."
Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk menyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing.
Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.
"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" Tanya doktor pakar.
"Saya manusia."
"Bukan kambing?"
"Bukan, saya manusia."
"Cuba ulang," pnta doktor.
"Saya manusia. Saya menusia. Saya manusia."
"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bargaulah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi"
Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi ramai orang.
"Takut. Takut. Saya nak pulang."
"Eh, kenapa masih takut? kamu kan manusia, bukan kambing?"
"Ya, ya,saya yakin saya memang manusia. Tetapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai kambing?"
- Pengajaran --> Dia sentiasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.
Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat.
♥ 0 Awak yang comel
Paku yang lekat di Hati
"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.
"Saya tahu itu salah saya ibu. Tapi, saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.
"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.
"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.
"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
"Baik, ibu."
Berberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf."
"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapisedarkah kamu...?"
"Maksud ibu?"
"Cubalah kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu". Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupon kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku...."
Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
- Pengajaran --> Ya, luka di hati atau anggota badan itu lebih sikar diubati daripada luka di tangan.
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghidarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.
♥ 0 Awak yang comel
Meninggalkan yang Haram
Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat.
"Saya ingin bertaubat daripada dosa-dosa saya. Apakah nasihat tuan kepada saya."
"Apa yang kau mampu tinggalkan daripada segala yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal," Kata ulama tersebut.
Malam itu lelaki yang bertaubat itu tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali mengulangi perbuatan jahatnya. Tetapi apabila malam bertambah, perutnya berasa sangat lapar. Dia tidak ada duit sedikit pon untuk membeli makanan. Pada katika itulah dia kalah dengan godaan. Pelahan-lahan dia keluar dari masjid untuk mencuri.
Dia menceroboh masuk ke sebuah rumah yabg sangat besar. Tentu penghuninya sangat kaya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapatinya ada makanan dia atas sebuah meja. Dia pun segera berfikir untuk mencuri makanan itu. Namun, tiba-tiba dia teringat pesana ulama itu, "Apa yang dapat kau tinggalkan daripada yang haram, kau akan dapati melalui jalan yang halal." Spontan dia membatalkan hasratnya.
Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Setibanya di sebuah bilik dia menemui harta yang banyak. Dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebut dia teringat lagi kata-kata ulama itu. Sejurus itu dia batalkan sahaja hasrat jahatnya itu.
Sebelum dia keluar daripada rumah tersebut dia terpandang tuan rumah, iaitu seorang wanita jelita yang sedang tidur. Timbul keinginan jahat dalam dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap wanita itu. Namun, apabila hatinya teringat pesanan ulama, terus ditinggalkan niatnya itu.
Kemudian dia kembali ke masjid dengan keletihan dan kelaparan. Selepas solat subuh, seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimami para jemaah.
"Tuan, tolong saya tuan, saya temui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi. Tetapi anehnya tiada suatu pon barang saya hilang. Namun saya takut dia akan datang kembali ke rumah saya nanti."
"Adakah kau tinggal sendirian?"
Wanita itu menjawab, "Ya, sejak kematian suami saya."
"Kau mahu jika aku carikan seorang lelaki sebagai temanmu?"
"Apa maksud tuan?"
Ulama itu pon memanggil lelaki tersebut dan meminta persetujuan kedua-duanya untuk dikahwinkan. Beberapa hari kemudian, mereka pon dinikahkan.
Selepas hari pernikahannya, pemuda itu berkata kepada ulama tersebut. "Ini semua berkat mengikut nasihat tuan. Benarlah, Allah memberi saya secara halal apa yang saya inginkan secara haram. Makanan, harta dan yang paling bertuah seorang wanita yang baik sebagai isteri."
- Pengajaran --> Pergobanan untuk melalui jalan Allah, walaupon susah pada awalnya akan mendapat ganjaran yang besar tidak lama selepas itu. Tidak akan rugi mengikut jalan kebenaran. Tidak akan untung dengan melakukan kemungkaran.
♥ 0 Awak yang comel
Yang mana dulu..
Dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam iaitu mana yang wujud dahulu.
"Tentulah telur ayam, baharulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam."
"Dari mana datangnya telur ayam kalau tiasa ibu ayam? Jadi, tentulah ibu ayam yang wujud dahulu, barulah dia bertelur."
"Isy, tidak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu mesti dari telur juga, kan?"
Pakcik tua pemilik warung mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan kekusutan.
"Apalah kamu bertekak ni. Cuba tanya pak cik yang terlebih dahulu makan garam ni."
"Haa...yang mana wujud dahulu pakcik, telur atau ayam?"
Jawab pak cik tu, "pak cik tidak pastilah telur atau ayam, Tetapi yang pastinya, semuanya Allah yang wujudkan."
- Pengajaran --> Kita sebagai makhluk, merupakan ciptaan-Nya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.
♥ 0 Awak yang comel
Cacat tetapi...
Seorang lelaki yang berusia 30-an dilahirkan cacat. Beliau tiada kaki dan tangan. Bukan itu sahaja, beliau juga cacat penglihatan. Namun semangatnya untuk meneruskan hidup dan menjadi insan yang berjaya tidak pernah dihalang oleh kecacatannya. kini menjadi seorang pakar motivasi yang terkemuka.
Dalam salah satu sesi motivasinya, beliau ditanya pelbagai soalan oleh peserta yang hadir. Salah satu solannya, "Bagaimana tuan dapat hidup ceria seperti hari ini dalam keadaan serba kekurangan? Maksud saya, kecacatan ni." "Ini bukan kekurangan atau kecacatan. Ini satu kelebihan. Kenapa? Kerana saya tidak perlu bertanggungjawab terhadap dosa yang dilakukan oleh tangan dan kaki." "Tapi tuan juga tidak mampu melihat." "Ya, Betul tu. Saya tidak ada peluang memandang perkara-perkara yang diharamkan. Saya juga tidak nampak kelemahan dan keburukan manusia lain yang boleh menyebabkan saya bersangka buruk kepada mereka." "Tapi apa yang tuan ada?" "Saya ada mulut untuk menyampaikan kepada manusia lain agar sentiasa bersangka baik dengan Allah. Dengan mulut ini jugalah saya mampu membaca al-Quran dan berzikir. Alhamdulillah." - Pengajaran --> Setiap kekurangan jika dipandang dari satu sudut yang berbeza, pasti ada satu kelebihan. ♥ 0 Awak yang comel |