Miss Simple
D'Owner


Assalamualaikum . I'm Asmaa'lina a.k.a Misai Kucing

Diary About Mutiara Kata

D'Stalker


.


D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome

saya MANUSIA bukan KAMBING !!



            Ada seorang lelaki yang sudah lama menderita sakit jiwa. Dia asyik berkurung di dalam rumah kerana takut bertemu dengan orang lain. Jangan kan bergaul, melihat orang pon dia akn terketar-ketar ketakutan.



Apabila ditanya sebab dia berkeadaan demikian, dia berkata, "Saya berasa diri saya macam seekor kambing dan orang lainmacam harimau. Mereka semua akan membaham saya. Saya takut."



Dia dihantar oleh keluarganya ke hospital sakit jiwa untuk dirawat. Di situ, pemuda itu dilatih dan dirawat dengan pelbagai cara untuk menyakinkan bahawa dia seorang manusia, bukannya seekor kambing.



Setelah setahun menerima rawatan, dia pun diuji oleh pakar psikologi yang merawatnya.



"Baiklah. Sekarang saya ingin bertanya, siapa kamu?" Tanya doktor pakar.



"Saya manusia."


"Bukan kambing?"


"Bukan, saya manusia."


"Cuba ulang," pnta doktor.


"Saya manusia. Saya menusia. Saya manusia."


"Bagus, sekarang kamu boleh pulang. Bargaulah dengan orang ramai, kerana kamu berhak untuk itu. Jangan takut lagi"



Dalam perjalanan pulang dia dibawa singgah di sebuah restoran yang dikunjungi ramai orang.


"Takut. Takut. Saya nak pulang."


"Eh, kenapa masih takut? kamu kan manusia, bukan kambing?"


"Ya, ya,saya yakin saya memang manusia. Tetapi bagaimana kalau harimau-harimau itu masih melihat dan menganggap saya sebagai kambing?"





- Pengajaran --> Dia sentiasa tidak layak, tidak selesa dan tidak seronok (feel good) dengan dirinya.

Orang yang ditimpa penyakit hina diri yang kronik, sentiasa membandingkan dirinya dengan orang lain secara tidak sihat.

0 Awak yang comel