Miss Simple
D'Owner


Assalamualaikum . I'm Asmaa'lina a.k.a Misai Kucing

Diary About Mutiara Kata

D'Stalker


.


D'Credits


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome

Yang mana dulu..



     Dua orang pemuda berdebat sesama mereka di sebuah warung kecil di tepi jalan. Perbincangan mereka ialah tentang telur dan ayam iaitu mana yang wujud dahulu.


  "Tentulah telur ayam, baharulah menetas jadi anak ayam dan seterusnya jadi ibu ayam."


  "Dari mana datangnya telur ayam kalau tiasa ibu ayam? Jadi, tentulah ibu ayam yang wujud dahulu, barulah dia bertelur."


  "Isy, tidak logik! Habis tu dari mana datangnya ibu ayam itu mesti dari telur juga, kan?"


  Pakcik tua pemilik warung mencelah perbincangan mereka. Niatnya hanya ingin meleraikan kekusutan.


  "Apalah kamu bertekak ni. Cuba tanya pak cik yang terlebih dahulu makan garam ni."


  "Haa...yang mana wujud dahulu pakcik, telur atau ayam?"


   Jawab pak cik tu, "pak cik tidak pastilah telur atau ayam, Tetapi yang pastinya, semuanya Allah yang wujudkan."



- Pengajaran --> Kita sebagai makhluk, merupakan ciptaan-Nya yang semestinya muncul kemudian, ada awal dan akhirnya.

0 Awak yang comel