
|
D'Owner ![]()
![]() Assalamualaikum . I'm Asmaa'lina a.k.a Misai Kucing D'Stalker ![]() . D'Credits ![]() Template by : Atirah Hayati Image by : WeHeartit|Cute Secrets Best view : Google Chrome |
Meninggalkan yang Haram
Seorang pencuri datang menemui seorang ulama untuk bertaubat.
"Saya ingin bertaubat daripada dosa-dosa saya. Apakah nasihat tuan kepada saya."
"Apa yang kau mampu tinggalkan daripada segala yang haram, Allah akan izinkan kau mendapatkannya melalui jalan yang halal," Kata ulama tersebut.
Malam itu lelaki yang bertaubat itu tidur di masjid. Dia tidak mahu tergoda untuk kembali mengulangi perbuatan jahatnya. Tetapi apabila malam bertambah, perutnya berasa sangat lapar. Dia tidak ada duit sedikit pon untuk membeli makanan. Pada katika itulah dia kalah dengan godaan. Pelahan-lahan dia keluar dari masjid untuk mencuri.
Dia menceroboh masuk ke sebuah rumah yabg sangat besar. Tentu penghuninya sangat kaya, fikirnya. Di bahagian dapur, didapatinya ada makanan dia atas sebuah meja. Dia pun segera berfikir untuk mencuri makanan itu. Namun, tiba-tiba dia teringat pesana ulama itu, "Apa yang dapat kau tinggalkan daripada yang haram, kau akan dapati melalui jalan yang halal." Spontan dia membatalkan hasratnya.
Dia terus bergerak dari bilik ke bilik. Setibanya di sebuah bilik dia menemui harta yang banyak. Dia mengeluarkan karung yang dibawanya. Tetapi sebaik sahaja menyentuh harta tersebut dia teringat lagi kata-kata ulama itu. Sejurus itu dia batalkan sahaja hasrat jahatnya itu.
Sebelum dia keluar daripada rumah tersebut dia terpandang tuan rumah, iaitu seorang wanita jelita yang sedang tidur. Timbul keinginan jahat dalam dirinya untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap wanita itu. Namun, apabila hatinya teringat pesanan ulama, terus ditinggalkan niatnya itu.
Kemudian dia kembali ke masjid dengan keletihan dan kelaparan. Selepas solat subuh, seorang wanita memasuki masjid dan terus menemui ulama yang mengimami para jemaah.
"Tuan, tolong saya tuan, saya temui jejak seseorang yang memasuki rumah saya malam tadi. Tetapi anehnya tiada suatu pon barang saya hilang. Namun saya takut dia akan datang kembali ke rumah saya nanti."
"Adakah kau tinggal sendirian?"
Wanita itu menjawab, "Ya, sejak kematian suami saya."
"Kau mahu jika aku carikan seorang lelaki sebagai temanmu?"
"Apa maksud tuan?"
Ulama itu pon memanggil lelaki tersebut dan meminta persetujuan kedua-duanya untuk dikahwinkan. Beberapa hari kemudian, mereka pon dinikahkan.
Selepas hari pernikahannya, pemuda itu berkata kepada ulama tersebut. "Ini semua berkat mengikut nasihat tuan. Benarlah, Allah memberi saya secara halal apa yang saya inginkan secara haram. Makanan, harta dan yang paling bertuah seorang wanita yang baik sebagai isteri."
- Pengajaran --> Pergobanan untuk melalui jalan Allah, walaupon susah pada awalnya akan mendapat ganjaran yang besar tidak lama selepas itu. Tidak akan rugi mengikut jalan kebenaran. Tidak akan untung dengan melakukan kemungkaran.
♥ 0 Awak yang comel |