
|
D'Owner ![]()
![]() Assalamualaikum . I'm Asmaa'lina a.k.a Misai Kucing D'Stalker ![]() . D'Credits ![]() Template by : Atirah Hayati Image by : WeHeartit|Cute Secrets Best view : Google Chrome |
Paku yang lekat di Hati
"Jangan suka menyakiti hati orang lain dengan kata-kata kita," nasihat seorang ibu kepada anaknya.
"Saya tahu itu salah saya ibu. Tapi, saya akan cepat meminta maaf. Itu satu kelebihan juga bu," balas si anak.
"Tetapi perbuatan kamu itu menyakitkan hati orang, anakku," kata ibu itu lagi.
"Saya rasa tidak. Selepas meminta maaf, segala-galanya langsai, ibu."
Si ibu berfikir. Apakah cara untuk menyedarkan anaknya daripada sifat buruk ini?
"Kalau begitu, kamu ikut cadangan ibu nanti."
Tanpa membantah anak itu setuju.
"Begini, setiap kali kamu menyakiti hati seseorang, kamu ketuk sebilah paku ke dinding ini. kemudian, setelah kamu meminta maaf, kamu cabut semula paku yang kamu ketuk itu!"
"Baik, ibu."
Berberapa bulan berlalu, mereka sama-sama menghadap dinding tersebut.
"Lihat ibu, mana ada paku yang tinggal?" Ujar si anak dengan bangga. "Semuanya telah dicabut. Memang ramai orang yang saya sakiti hati mereka, tetapi semuanya telah memaafkan saya setelah saya minta maaf."
"Betul kamu sudah minta maaf dan mereka telah memaafkan, tapisedarkah kamu...?"
"Maksud ibu?"
"Cubalah kamu tengok dinding ni. Semuanya sudah berlubang, calar dan "berkematu". Itulah hati-hati yang telah kamu sakiti. Walaupon kamu sudah dimaafkan, tetapi kesan perbuatan buruk itu masih berbekas di hati mereka. Hati yang dilukai ada parutnya, anakku...."
Si anak merenung dinding yang berlubang-lubang itu. Sudah tidak indah lagi seperti asalnya. Begitukah hati-hati orang yang telah aku sakiti?
- Pengajaran --> Ya, luka di hati atau anggota badan itu lebih sikar diubati daripada luka di tangan.
Meminta maaf adalah perbuatan terpuji. Tetapi berusaha agar kita tidak terpaksa meminta maaf (maksudnya menghidarkan diri daripada menyakiti hati orang lain) jauh lebih terpuji.
♥ 0 Awak yang comel |