Sepasang suami isteri akan melancong keluar negara. Sebelum bertolak, mereka memastikan rumah mereka berada dalam keadaan selamat untuk ditinggalkan selama seminggu.
Teksi sudah menunggu di luar. ketika hendak menutup pintu rumah, tiba-tiba kucing jiran mereka meluru masuk.
“Alamak! sayang, tunggu dalam teksi dulu. Abang nak keluarkan kucing tu,” suruh si suami.
“Okey. Abang patikan ya kucing itu keluar,” kata si isteri sambil melangkah menuju ke teksi.
Sebaik sahaja duduk di dalam teksi, wanita tersebut berkata, “Maaf, buat pakcik tertunggu-tunggu pula.”
“Tak mengapa.”
Si isteri bimbang si pemandu teksi tahu rumah mereka akan ditinggalkan dan tidak berpenghuni, maka dia membuat helah, “Suami saya uruskan emak sekejap. Maklumlah orang tua.”
Pemandu teksi mengangguk.
Kemudian si suami bergegas keluar dan memasuki teksi. Teksi mula bergerak menuju ke lapangan terbang.
”Macam mana bang?”
”Semua dah beres, Ada ke betina tu menyorok bawah katil. Abang pegang kaki dia, tarik keluar. Tapi, abang pula dicakarnya. Bedebah pula makhluk. Abang pegang dan lempar ia keluar ke laman belakang. Selesai!”
Pemandu teksi yang mendengar kata-kata lelaki tersebut terkejut besar.
- Pengajaran --> Bercakap benarlah walaupon pahit. Namun jika tidak mampu, maka berdiam iru lebih baik.







